Sunday, March 3, 2013

AZIERAINI&AZAHARI












AZIRAINI&AZAHARI
23 OKTOBER 2011
JERANGAU, TERENGGANU

Wednesday, November 2, 2011

SENDA GURAUAN IDUL-ADHA

Salam sejahtera, salam dari rizkymusafir.
Aisyah & Faisal nama clientku. Majlis berlangsung di Kuala Teregganu pada 29hb Oktober 2011. Suasana pagi diawal majlis, hujan renyai2 berbumbung awan gelap yang tebal, diiringi bacaan serta teks dari tok kadhi, selesai teks maka akad dilafaskan. Maka berlangsung pula majlis persandingan. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti dirancang, suasana semakin terang dan cuaca kini cerah kembali. Hujan rahmat mengiringi majlis pernikahan kedua pasangan mempelai, semoga kalian berbahagia serta jodoh berkekalan sehingga ke akhir usia. Ameen~

Alhamdulillah, makin hari makin bahagia diri terasa. Almaklum hasil kerja semakin mendapat tempat di hati para client, dan kepercayaan client pada diri ini semakin bertambah dengan terhasilnya hasil kerja yang berkualiti dan yang paling penting menarik perhatian insan yang melihatnya.

Pejam celik masa begitu pantas berlalu. Kini Iduladha bakal menjelang tiba. Macam biasa kepada para umat islam yang sedang mengerjakan ibadah haji pada tahun ini, daku doakan agar segala kelakuan mendapat keberkatan dariNya dan yang paling penting mendapat ibadah haji yang MABRUR. Impian agar suatu hari nanti aku akan kesana jua...Ya Allah mohon Engkau permudahkan segala urusan2ku untuk menujuMu Ya Allah. Ameen~





AISYAH&FAISAL
29 Oktober 2011

Sunday, August 7, 2011

DAERAHku mencari makan



assalamualikum, dikesempatan ini ingin aku mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada kalian, semoga ramadhan kali ini membawa seribu erti dan pengajaran kepada kita semua. Diharap ini bukan Ramadhan yang terakhir semoga kita bertemunya lagi di tahun yang mendatang.
Jam sekarang menunjukkan tepat pada 1916, hanya menanti lebih kurang 15minit sahaja lagi untuk tibanya waktu maghrib dan berbuka di daerah ku mencari makan, kuala terengganu. Diharap kurma yang beberapa biji ini beserta dengan segelas air kosong, dapat menampung lapar dan dahaga sepanjang seharian menahan diri dari lapar dan dahaga. Walau juadah tidaklah segah mana dibanding dengan insan2 yang laen..tapi aku berasakan puas dan insaf dapat rasai akan susahnya orang yang miskin dan tidak berkemampuan menjamu selera dibulan mulia iaitu bulan puasa.

Wednesday, August 3, 2011

UNGU kaseh kita




Alhamdulillah selesai sudah memproses pic client. menanti 3 lagi album untuk diproses. kepada nadilah dan saiful...diharap kalian dapat bersabar menanti album siap diproses ya! hehe...
serba sedikit tentang pic nih...diambil pada bulan julai dan majlis berlangsung di seberang takir, kem askar RAMD. 1st time nmenembak dalam kem askar...silap haribulan aku plak yang tertembak..haha

Tuesday, August 2, 2011

TASIK RIMBA




Baru-baru ini aku menjelajah ke sebuah tasik...dikenali juga tasik kenyir, di terengganu. Tujuan ke sana kerana mengikuti teman seperjuangan untuk bersama2 membantu dalam sesi menembak client beliau. Pengalaman tidur dalam "house boat" suatu detik yang amat menyeronokkan, serta xmungkin bisa dilupakan. Kepada mereka yang ingin bercuti serta mencari damai di hati...aku suggest korang g sana...jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota...kehijauan dan jernih tasik penenang jiwa.

Tuesday, November 23, 2010

LAMA SUNYI SEPI~


lama menyepi kerna bertapa...di sebuah daerah yang tiadalah tahu namanya. moga disana ketemu dgn sicipta segala...amin~

Wednesday, December 23, 2009

LABUHKAN LAYAR


...huhh..tergambar di wajahnya bertapa sebuah penantian akhirnya telah terlaksana. begitu juga bagi mereka diluar sana...adakah sudah mencapai di pengakhiran sebuah penantian???
entah ape yang aku merepek ni...hehe.
perlu diingat...perjalanan ini masih panjang dan masih banyak lagi likuan serta onak duri yang menanti di hari hadapan...bersediakah kita menempuhnya??
hanya yang sabar dan cekal sahaja bisa melewatinya dengan jaya.
Berbalik pada topic kita....si putri yang bertahun lamanya menunggu akhirnya tersenyum kepuasan setelah pelbagai cobaan di alami di alam perhubungan percintaan. apa yang pasti...ucapan cinta si raja di depan wali dan saksi menjadi pengikat hubungan yang hakiki...hingga ke akhir hayat nanti. "ku labuhkan diri padamu agar dikau memimpinku kerna ku tidak upaya menempuh likuan seorang diri tanpa dirimu disisiku" mungkin itu yang sedang diungkapkan oleh si putri di hati kecil agar si raja memahami dan bisa mengerti. sekian kesah di balik karya yang tidak bersuara...mohonku agar layar bahtera dicipta terus kukuh walau badai ombak melanda...

AZLAN&NADIA
03 Disember 2009