Sunday, August 7, 2011

DAERAHku mencari makan



assalamualikum, dikesempatan ini ingin aku mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada kalian, semoga ramadhan kali ini membawa seribu erti dan pengajaran kepada kita semua. Diharap ini bukan Ramadhan yang terakhir semoga kita bertemunya lagi di tahun yang mendatang.
Jam sekarang menunjukkan tepat pada 1916, hanya menanti lebih kurang 15minit sahaja lagi untuk tibanya waktu maghrib dan berbuka di daerah ku mencari makan, kuala terengganu. Diharap kurma yang beberapa biji ini beserta dengan segelas air kosong, dapat menampung lapar dan dahaga sepanjang seharian menahan diri dari lapar dan dahaga. Walau juadah tidaklah segah mana dibanding dengan insan2 yang laen..tapi aku berasakan puas dan insaf dapat rasai akan susahnya orang yang miskin dan tidak berkemampuan menjamu selera dibulan mulia iaitu bulan puasa.

Wednesday, August 3, 2011

UNGU kaseh kita




Alhamdulillah selesai sudah memproses pic client. menanti 3 lagi album untuk diproses. kepada nadilah dan saiful...diharap kalian dapat bersabar menanti album siap diproses ya! hehe...
serba sedikit tentang pic nih...diambil pada bulan julai dan majlis berlangsung di seberang takir, kem askar RAMD. 1st time nmenembak dalam kem askar...silap haribulan aku plak yang tertembak..haha

Tuesday, August 2, 2011

TASIK RIMBA




Baru-baru ini aku menjelajah ke sebuah tasik...dikenali juga tasik kenyir, di terengganu. Tujuan ke sana kerana mengikuti teman seperjuangan untuk bersama2 membantu dalam sesi menembak client beliau. Pengalaman tidur dalam "house boat" suatu detik yang amat menyeronokkan, serta xmungkin bisa dilupakan. Kepada mereka yang ingin bercuti serta mencari damai di hati...aku suggest korang g sana...jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota...kehijauan dan jernih tasik penenang jiwa.